1. Langganan adalah berbentuk mingguan atau bulanan mengikut pilihan pelanggan.
2. Waktu operasi penghantaran tempahan adalah dari Isnin hingga Jumaat sahaja.
Tiada perkhidmatan pada Sabtu & Ahad serta cuti umum.
3. Menu sajian adalah ditetapkan oleh pihak AMAI FOOD. Pihak syarikat berhak membuat pertukaran
menu di saat akhir tanpa memberi sebarang notis kepada pelanggan.
4. Penghantaran akan dibuat setelah bayaran tempahan diterima.
*** Bayaran tempahan hendaklah dibuat melalui akaun berikut:
MAYBANK (1581 270 1089 1)- Habibah binti Jaafar
Masa penghantaran adalah seperti berikut (namun masih tertakluk kepada perubahan dari semasa ke
semasa yang akan dimaklumkan kepada pelanggan).
* Sajian tengahari : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari
* Sajian malam : 5.00 petang hingga 8.00 malam
5. Tiada pembatalan dibenarkan untuk tempahan yang dibuat. Namun pelanggan masih boleh menangguhkan
penghantaran pada suatu masa yang dipersetujui bersama.
6. Penangguhan penghantaran sajian hendaklah dibuat dalam masa 24jam sebelum masa penghantaran.
Kegagalan berbuat demikian, penghantaran tersebut akan diambilkira.
7. Walau bagaimanapun jika terdapat kesalahan dari pihak kami, wang anda akan dikembalikan setelah
dipotong 3% untuk bayaran urusan pentadbiran pada selewat-lewatnya hujung bulan berikutnya.